- Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya [m/s 3]
- Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga [m/s 7]
- Latihlah anak-anak "TO WALK WITH AL-QURAN" (membawa al-Quran kemana-mana) semoga menjadi "THE WALKING AL-QURAN" (al-Quran yang bergerak) [m/s 76]
- Tujuan sebenar perkahwinan ialah untuk mendirikan "Baitul Muslim" (rumah tangga Islam) bagi melahirkan generasi yang soleh untuk memegang tanggungjawab dan melaksanakan kesinambungan petunjuk hidayah dan memastikan keterusannya (kesinambungan) [m/s 81]
- Anak-anak merupakan simpanan atau saham untuk akhirat bagi ibubapa Muslim jika mereka mampu mendidik dan membangunkan jiwa mereka dengan takwa [m/s 83]
- Ketahuilah bahawa tanggungjawab mendidik yang dijalankan di rumah adalah 1000 kali lebih baik daripada tugasan yang dilakukan di luar rumah bersama-sama dengan kaum lelaki [m/s 85]
- Jika di sekolah guru adalah ibu bapa kedua, di rumah pula ibubapa adalah guru kedua bagi anak-anak [m/s 122]
- Anak-anak yang dimanjakan tidak akan mampu menjunjung risalah Islam yang berat malah tidak membawa kebaikan yang diharapkan [m/s 127]
- "Sesungguhnya kebenaran membawa pada kebaikan. Dan kebaikan itu membawa ke syurga. Dan seseorang manusia itu sentiasa bercakap benar dan berusaha untuk bercakap benar. Dan bohong membawa kepada dosa dan dosa membawa ke neraka. Dan seseorang itu sentiasa berbohong dan berusaha untuk berbohong sehingga Allah menulisnya di kalangan orang-orang yang berbohong"(Riwayat Bukhari & Muslim) [m/s 153]
- Mewujudkan suasana sekeliling anak adalah suasana yang "menghormati" sikap benar dalam percakapan dan perbuatan supaya anak membesar dalam keadaan benar. Antaranya juga mengadakan suasana ketenangan, kebebasan, penghargaan, kasih sayang dan rasa ingin berjaya sehingga anak tidak berusaha untuk menipu [m/s 157]
- Anak-anak biasanya dididik sendiri oleh ibubapa atau dihantar ke pusat-pusat jagaan kanak-kanak. Mungkin ada pendapat yang mengatakan suasana di pusat-pusat jagaan itu lebih membentuk diri anak dan daya kreativitinya. Tetapi pendapat tersebut tidak tepat kerana ada kajian yang menunjukkan sebaliknya, iaitu anak yang dididik di rumah lebih mempunyai daya kreativiti daripada anak yang dididik di pusat-pusat nursery. Bahkan kita dapat melihat mereka lebih lambat faham daripada anak-anak yang dididik oleh ibu bapa mereka [m/s 170]
- "Bersabarlah dan rasa mulialah bersama Islam. Apatah lagi kamu berusaha mengembalikan maruah umat ini. Ingatlah, janganlah sesekali kamu melatah apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tertekan. Ingatlah, orang yang perkasa bukanlah di kalangan mereka yang perkasa adalah mereka yang dapat mengawal diri apabila marah" (Al-Imam Hassan al-Banna) [m/s 175]
- Al-Hajjah berkata kepada pengasuh anaknya: "Ajarilah mereka berenang sebelum mereka belajar menulis kerana mereka boleh menyuruh orang lain menulis untuk mereka tapi mereka tidak boleh menyuruh orang lain berenang untuk mereka." [m/s 187]
- ANAK yang lahir disamping sebagai ANUGARAH daripada Allah, ia juga menjadi AMANAH yang perlu dijaga. [m/s 193]
[Telaga Biru eShoppe] [Muslimedia]
p/s : seronok dengar kuliah tafsir Ust Zahazan di IKIM.FM ;-) hmm lame dah xberkesempatan nak dgr...kena cr versi mp3 nih! sape ade...kasi eh!